Tuesday, August 17, 2010

My Number OnE ENemY

Salam..

Kamu perNah ada Musuh..? Definisi... MusUh ialah orang / apa apa je yang kamU tak Suka.. Benci.. Sakit Hati..Meluat.. tak kira lah sama ada musuh nampak atau tak nampak.. pernah dengar Musuh Dalam Selimut.. erm..

Kat sini aku nak Cerita kat Kamu tentang Musuh aku yang paling Utama.. aku bukan tak suka 'dia' .. tapi aku memang Tak tahan dengan bau badan 'dia'.. sekalipun 'dia' lalu.. walaupun mata aku pejam.. aku memang tau 'dia' yang Lalu.. kamu tau? kamu mesti tak tau..

'dia' Bukan sahaja musuh aku sorang.. tapi musuh bagi mak.. kakak..adik.. adik aku yang lelaki.. (kecuali adik aku yang no 4 .. dia cakap tu bukan musuh dia.. dia ada musuh lain...) even anak anak buah aku sekarang pun macam tak suka 'dia'..princess aku pun dah menunjukkan yang sangat tak suka dengan 'dia'... pelik..

aku akan cari jalan untuk hapus kan 'dia'.. dia tak boleh jejak langsung kat rumah aku.. kalau bukan kat rumah aku pun.. kat sekitar kawasan yang aku ada.. dia tak perlu berada disitu.. sebab aku akan cari jalan untuk 'dia' mati.. sebab aku tak senang dengan kehadiran 'dia' dalam hidup aku.. tapi maaf kan aku.. aku tau 'dia' makhluk Tuhan juga.. tapi aku pasrah.. aku tak boleh .. aku tak mau dia ada depan mata aku langsung..

jangan sengaja 'dia' tayang muka depan aku.. sebab aku akan cari dia sampai dapat .. aku akan kerja kan 'dia'.. walaupun hakikatnya aku sangat takut dengan 'dia' tapi aku perlu kuat semangat.. kamu tahu .. aku pernah tak tidur malam dengan aman.. pernah tak makan sampai kenyang.. pernah tak mandi.. pernah aku tak masuk toilet..semua tu gara-gara 'dia'.. aku tak tau 'dia' benci kan aku ke tak.. maaf kan aku .. aku tak boleh panggil 'dia' dengan nama KAWAN.. melainkan ada satu keajaiban.. mungkin aku boleh panggil 'dia' dengan nama KAWAN.. tapi bukan masa dan saat ini..

Untuk ayah.. maaf kan kami (kami tu untuk mak.. aku.. kakak dan adik badik yang lain.. )yang tak sehaluan dengan ayah.. kami tau ayah marah dengan kami kerana kami begini.. kami tak ikut ayah.. ayah boleh terima dia sebagai kawan.. tapi mak dah didik kami begini untuk tidak menerima dia.. maaf kan kami ayah.. sesungguh nye kami sangat kagum dengan ayah.. ayah sangat hebat.. ayah tak pernah berpura pura tentang ini.. kalau 'dia' datang.. ayah pandai untuk menyelamatkan keadaan agar kami suma tenang dan tidak bertindak di luar kawalan.. ayah sangat hebat.. kami kagum...terima kasih ayah..

Untuk musuhku.. aku harap kamu faham.. maaf kan aku.. aku bukan benci kamu.. tapi aku memang tak boleh menerima kehadiran kamu dalam hidup aku.. maaf.. aku akan pasang segala benda pemusnah yang ada agar kamu tidak menjejak kan kaki ke tempat di mana ada aku di situ..maaf.....

Nota:
kisah ini ditulis kerana aku ternampak mayat musuh aku yang tah keberapa ..aku pun tak ingat.. mayat nya dah kering kat dalam bakul kain kat rumah petang semalam.. maaf kan aku.. aku tak sengaja untuk bunuh kamu.. lain kali beri ingatan kepada kaum keluarga kamu.. jangan singgah walaupun sesaat kat rumah aku.. KAMU sangat naiF wahai SAng LIPAS............