Tuesday, February 14, 2012

SAlam Satu Malaysia..

Apa khabar untuk diri aku sendiri.. heheh .. lama nyer tak jengah kat sini.. lately aku selalu terlupa nak menghapdet kan blog ni.. dan sesungguhnya aku kehabisan idea .. dan kurang membaca.. so takde lah topik hangat untuk aku bicarakan.. tak kan aku nak cerita tentang konflik KOREA .. :P...Tapi ye.. takut jugak .. bila baca suratkhabar tentang peperangan mereka.. dan juga campur tangan AS.. tiba tiba aku teringat cerita 'BUKIT KEPONG'.. 'SARJAN HASSAN'.. aku tak pernah jemu tengok cerita cerita macam tu sebab semua tu sangat mengujakan.. dan lebih lagi bila semangat orang melayu dalam mempertahankan tanah air..

Sekarang sangat sedih.. golongan muda jarang nak ambil tahu tentang semua tu.. keadaan jadi semakin tak selamat.. nak lepas kan anak anak berjalan pegi kedai sorang diri pun mau kena fikir banyak kali.. sedangkan dulu.. masa aku kecik kecik.. ceruk mana kat Jelebu <--- Kuala Klawang.. tu yang aku tak gedah.. siap mandi sungai dengan adik aku.. hahaha.. masa tu umur aku lima nam taun je.. selamat je rasa.. masa tu rasa macam dah besar jer.. mak bapak aku pun lepaskan mana saja kami pegi.. setakat jalan kaki pegi ke Kampung Petaling tu dah biasa dah tu.. siap joging minggu minggu.. sekarang aku rasa nak jalan kaki pun seram.. tangkap dek orang gile ising.. kompom tak balik umah.. takut kan?.. yee betul.. sangat takut.. orang orang zaman sekarang semakin liar dan sangat tak bermoral.. dan mungkin kah itu salah satu petanda akhir zaman.. aku benci dengan keganasan.. tak boleh kah semua nya berkasih sayang .. hormat menghormati.. erm.. tentu tak boleh.. dengan ada nya penjajahan minda lagi lah sukar untuk kita berubah.. tapi tu semua salah siapa.. <--jangan jawab...!

Kadang kadang bila balik kerja.. aku lihat budak budak sekolah melintas jalan.. kecik ajer anak anak zaman sekarang... nak balik rumah lah agaknya.. aku selalu doa kan mereka agar sampai ke rumah dengan selamat..mesti ibu bapa mereka juga berat hati untuk melepaskan mereka sendirian .. tapi dengan keadaan hidup di zaman ini .. semua itu perlu.. meski pun di kawasan bandar.. banyak perkara lain yang tak mustahil akan berlaku..

Seperti kita.. yang ada anak anak kecil... kita bekerja seharian.. anak anak hantar ke nursery / pengasuh.. dengan harapan agar anak kecil yang lahir dari rahim kita akan dijaga dengan penuh kasih sayang.. dengan harapan agar anak kecil kita dapat jagaan dan kasih sayang secukupnya.. tapi semua tu tak sama ... kan.. tak sama dengan cara kita yang mendidik anak anak sendiri.. betul..




Sedih

Lately emosi aku tak tau kenapa.. asik rasa sedih je manjang.. aku tak tau kenapa.. korang penah rasa sedih?

Sahabat / Kawan / BFF

Salam..
Lama betul tak menjengah dalam blog nih.. sekarang dah masuk tahun baru 2011.. dah nak masuk bulan Februari.. ermm.. lama tu aku tak update dalam ni... apa apa pun sebelum tu aku nak wish...SELAMAT TAHUN BARU.. SELAMAT BERAZAM BARU.. harap harap tak terlambat..

Kali ni aku rasa aku nak cerita tentang tajuk KAWAN aka SAHABAT aka TEMAN..
kamu semua rasa.. apa maksud kawan.. sahabat.. teman.. dan lain lain yang seangkatan dengan nya? kan.. dengan kawan lah kita boleh berkongsi cerita.. bergosip.. ketawa bersama.. makan bersama.. dan banyak aktiviti boleh di lakukan jika kita ada kawan.. dan lebih lagi kalau ada kawan yang boleh di panggil kawan baik.. ermm..aku rindu dengan kawan kawan aku ni haa..