Friday, June 8, 2012

Korang ada?

Hi.. Lama tak sembang.. kali ni aku nak sembang.. lately perasaan aku asik rasa tak best..? korang ada rasa camtu tak.. tapi sebenarnya perasaan aku tak ler baru rasa camnie.. saje je cakap LATELy tu.. aku dah ada perasaan ni dah lama.. beh kurang 7-10 taun kot..heheheh... lama betolll..

Aku ni bukan jenis berdendam pun.. bukan nak kisah sangat hal remeh temeh.. tapi aku memang percaya cakap orang..kalau biar kan dan pendam.. ianya akan jadik satu penyakit.. takpun macam orang kena kanser tu kan.. makan sikit sikit.. makin lama makin parah.. perkara ni mungkin jadik parah sebab di diam kan.. sengaja atau tidak didiam kan aku pun tak pasti.. yang aku nak tau.. aku ke punca semua nih.. atau...???

Ini antara ayat atau petikan kata kata bisa yang dari awal aku ingat sampai sekarang.. ayat ayat yang selalu sangat bermain dalam otak aku waktu aku tengah sorang sorang.. waktu aku tengah drive.. kadang kadang aku jadik LOST.. teruk sangat kah aku.. Erm..

Ayat Pertama: 
(Masa mula mula berkenalan)
Lokasi:  Dapur rumah (bercakap sambil potong ikan)
Kau keja apa.. Aku tak nak nanti kalau dah kawen .. bla bla bla..
=Teruk sangat kah aku.. agaknya kalau aku keja sales girl ke kilang ke anak dia tak makan kot.. (Erm... aku ni perempuan ok.. sepatutnya soalan tu datang dari mulut mak aku... )

Ayat Kedua:(Masa Majlis Nikah)
Lokasi:  Surau
Eh.. A*** lah salam dulu.. sambil buat muka -waktu aku hulur tangan nak bersalaman walhal.. anak dia sedang bersalaman dengan kaum lelaki selepas selesai akad nikah
=Aku terpinga pinga.. (malu nye dah hulur tangan tapi tak bersambut) rasa macam tak diterima pulak.. salah ke kalau aku salam dulu.. keji kot tangan aku ni....kena samak kot..

Ayat Ketiga:
(Waktu tau Mengandung)
Lokasi:  Dalam Talian Telefon
Haaa...bila tarikh due.. tarikh tu kan time orang puasa...nanti orang sibuk nak puasa.. kau sibuk nak beranak..
=Rezeki aku Allah dah tentukan.. tak kan aku nak tahan jangan beranak.. ucapan tahniah pun tak ada.. sedih..:(( Mood sangat down time ni..

Ayat Keempat:
(Selepas 60 hari berpantang)
Lokasi:  Dapur rumah
Asik makan telur goreng je.. ada apa apa ker.. kau jangan .. ingat sikit.. anak kecik lagi.. bla bla.. (sambil cerita ttg kawan kawan dia yang beranak sampai 10 orang tak terjaga)
=Ingat keja aku ni nak beromen je ke.. Hadoiiiiiiiiiiii.. aku pun tau lah nak jaga diri sendiri.. tapi kalau dah rezeki tak kan aku menolak..

Ayat Kelima:
(Cerita ttg nak beli rumah)
Lokasi: Ruang Makan
Zaman sekarang tak boleh nak beban kan sorang.. (refer kepada anak dia).. kena sama sama bantu.. Kenapa kau tak nak share loan.. kang A*** nak bayar kereta.. rumah.. keperluan lain.. jangan pentingkan diri kau sendiri ..
aku jawab:  future time kita tak tau.. saya nak ada aset sendiri..
dia jawab:  KAU INGAT AKU NI NAK AMBIL HARTA A*** ke?
LAAAAA... kenapa le sampai ke situ pemikiran dia.. aku penat..

Ayat Keenam:
(Bab Lauk Pauk)
Lokasi:  Ruang Makan
Tu.. dalam peti ais tu.. apebendddeeee pun takde.. apa aku nak masak pun tak tau..
=Dalam peti ais masa tu ada terung.. Bendi.. tomato.. Ikan.. Ayam.. Udang..
Nak aku sediakan kepala jos ke.. adakah ianya tanda orang tak bersyukur dengan apa yang ada.. <-- mak sendiri tak pernah cakap macam ni ..

Kalau aku diberi kekuatan.. aku akan kumpul semua kekuatan aku untuk tanya dia tiga perkara je...

1.  pernah rasa tinggal dengan Mak Mertua sendiri?
2.  pernah rasa macam mana jaga anak anak  sendiri sama macam aku buat?
3.  pernah rasa bahagia? cer ceta sikit.. sebab aku tengok siri kehidupan dia semua nyer sakit.. tersiksa.. scary.. tak pernah ada cerita yang bahagia..

Aku nak minta maaf kalau ada sapa sapa yang terasa.. aku cerita berdasarkan pengalaman.. walaupun apa yang diluahkan oleh dia tak seteruk mana.. namun sangat meninggal kan kesan yang sangat dalam kat hati aku ni.. aku adalah seorang pemaaf.. tapi kalau pernah dah sampai sebulan tak bercakap walau pun tinggal sebumbung macam mana.. pelik kan.. Bagi aku .. kalau dia rasa aku ni merosakkan kasih sayang dia dengan anak dia.. aku boleh undur diri.. aku tak nak nanti anak dia akan jadi anak derhaka.. dosa pahala anak dia semua atas doa seorang mak seperti dia.. Mungkin aku bukan pilihan dia.. mungkin dia ada yang lebih baik untuk anak dia.. walaupun aku cuba sehabis baik.. nampak nya dah makan taun perkara ni macam tak boleh selesai.. adakah aku perlu jumpa kaunseling atau dia yang kena pergi kaunseling..


Berat mulut berkata.. berat hati berbicara.. nak diluah mati mak.. nak ditelan mati bapak.. jadik aku kemam je leee.. semoga aku diberikan kekuatan untuk terus hidup bahagia disamping anak anak tercinta..

Eh.. maaf terlalu peribadi lak kali ni.. tapi ni je cara aku meluahkan.. harap korang maaf kan aku..kalau situasi korang macam aku.. sama sama lah kita perbaiki selagi boleh.. kalau rasa dah tak boleh diperbaiki.. cara terbaik .. bawak diri .. tu ajer.. jangan simpan lama lama.. nanti boleh mati <-- itu cakap pakar motivasi.. aku pun tak tau sampai bila aku boleh simpan.. Semoga Allah beri petunjuk yang terbaik.. Insyaallah....

sambung lain kali