Thursday, December 1, 2011

Lif

hi Semua..

Hari ni saya nak ceta pasal lif.. tau lif ?.. korang pernah naik lif?.. pagi tadi masa datang kerja.. dok leka tunggu lif.. ada satu lif ni bunyi air menitik sangat kuat.. macam seram pun ada.. mula lah daya imiginasi melayang.. kalau lah tiba tiba lif tu terbuka sendiri.. keluar makhluk yang sangat seram macam cerita 'swamp thing' tu.. erm..dan kalau lah.. lif terbuka.. ada orang pekak tak tau.. terus langkah.. dah dia terus terhumban ke bawah.. erm..

TING.. !.. lif terbuka.. jengah.. clear.. selamat.. press button dan menung.. kalau sorang sorang tu mula lah nak belek tudung.. belek muka.. dan perkara yang paling aku suka buat kalau masuk lif.. letak hujung jari kat muka cermin lif.. dan ohh.. tau. ni adalah cermin yang boleh digunakan untuk tujuan dua hala.. -- macam dalam ceta polis tu.. asalnya aku sendiri tak tau.. tapi bila dah baca banyak artikel tentang keselamatan ni .. aku dah dapat macam satu penyakit.. asal nampak cermin aku nak sua jari untuk pastikan .. cermin jenis apa kah ia... hehehh.. walaupun ia cermin kat rumah... heheh pelik kan.

tapi betul.. setiap kali kalau berada sorang diri dalam lif macam macam akan aku buat.. pandang atas lif.. kot la ada lubang untuk aku panjat kalau lif ni sangkut.. button 'phone'..'bell'.. semua aku pandang.. kalau tiba tiba lif berhenti.. perasaan cuak tu mesti ada.. panik tak panik .. aku mesti kena buat sesuatu untuk selamatkan diri.. bukan kira takut terperangkap dalam tu.. mula lah ceta hantu.. 'dark water'.. 'jangan pandang belakang' suma keluar balik.. seram tak seram.. mesti lakukan sesuatu untuk selamatkan diri... jadi untuk keselamatan.. apakah cara yang terbaik ketika menaiki lif?.. ada?.. aku takde.. cuma nasihat aku.. kalau rasa berani nak naik sorang sorang tu terus kan.. cuma perlu standby mental dan fizikal .. kalau lah jadi apa apa.. tak perlu panik.. tekan je semua button dalam lif tu.. asalkan semuanya menyala dan ia kembali berfungsi..kalau korang sorang dalam lif tu.. jerit lah sekuat hati.. ~~ bukan nya ada orang nampak korang luaskan mulut besar mana pun sampai nampak anak tekak pun takper .. (itu kalau sorang).. kalau ramai.. cuba jadik secool boleh.. yang penting jangan menangis.. hehehehe

Thursday, October 13, 2011

MaaF

Salam...

uii lamanya kita tak jengah blog nih.. last post januari.. la ni dah Oktober.. eww.. sangat lama.. haa.. first things harus lah mintak maaf dengan blog ni sebab lama sangat tak godek godek (tak pandai yang benaunyer)naip dalam blog ni pun hanya untuk bacaan diri sendiri di kala sepi dan sunyi.. hehehe

Kalau tengok tajuk macam 'world' macam lebat je idea nak cerita ..
korang penah mintak maaf? beri kemaafan? sebut maaf atau dalam bahasa inggerisnya 'SORRY'.. tapi kalau kita cakap dalam bahse omputeh nampak sangat biasa kalau kita sendiri sebut MAAF.. ermmm dengar macam sangat ikhlas dan tulus.. apa .. ingat hari raya je ke kena mintak maaf.

penah kita terbaca statement dari WarDinA yang pengacara tu.. dia cakap .. setiap kali sebelum tido kita kena memaafkan orang lain.. erm..

Monday, April 11, 2011

Sedih

Assalamualaikum

dan salam Muhibbah..


Lama nyer tak tulih dalam blog.. aku rasa blog aku ni le yang paling koro dan bosan .. tak tau nak cerita apa..

dah tiga hari perasaan aku sangat sedih.. sangat sedih.. dan sesangat sedih.. tak tau nak ceritakan kesedihan dan berkongsi kedukaan aku ni .. cuma buat masa sekarang memang aku berasa amat sedih dan hiba..

mungkin ini adalah dugaan untuk aku.. dugaan untuk menghadapi masa masa akan datang..

Wednesday, January 26, 2011

Salam...

Lama sangat dah aku tak jengah blog.. macam nak bersawang dah aku rasa.. hehe.. apa apa pun Selamat Tahun baru untuk semua.. semoga kedatangan tahun 2011 kamu semua lebih maju jaya dan bersemangat..<-- ayat ni untuk aku yang aku rasa semakin sangat malas dari ari ke hari.

Sambil menikmati air nescaffe panas .. dan layan lagu ADA CINTA nyanyian Acha Septriasa aku mula nak cari idea apa nak tulis kali ni.. mungkin aku bolhe cerita tentang KAWAN... kalau nak hitung semua sekali.. kawan tu memang lah ramai.. tapi setakat kenal je lah.. bukan kawan baik.. bukan sahabat sejati yang boleh kongsi semua cerita tentang diri.. tentang apa sahaja yang boleh dikongsi.

Aku?.. emm.. aku boleh mengaku aku tak ada kawan sebaik itu pada masa sekarang.. berbanding zaman waktu belajar dulu.. tapi pelik.. patut nya bila kawan.. sampai bila bila pun kawan.. bila dah abih zaman belajar.. bekerja.. semua pun ada hal masing masing.. dan macam tak sesuai nak kongsi apa apa cerita... aku pun mengaku kurang kawan kawan di pejabat... mungkin tak ramai yang suka berkawan dengan aku.. atau aku ni memang jenis lone ranger.. huikk.. ada ke macam tu.. Kadang kadang sangat cemburu tengok kawan kawan pergi makan bersama.. ketawa bersama.. jalan .. sembang.. aku?? aku?? terperap dalam bilik.. buat keja.. chating.. buat keja.. chating.. surf internet.. facebook.. keja.. keja.. dan balik.. tu jee.. makan pun dalam bilik... semayang pun dalam bilik.. <-- naper aku tak pegi solat kat surau.. erm.. sebab surat kat tingkat bawah.. (boleh pakai tak alasan tu.. ? tapi memang betul pun.. surau kat tingkat bawah.. tak kan aku nak tipu..

Mana nak cari kawan baik? sahabat baik? sejati? kalau ada.. tolonggggg lah bagi tau aku.. aku nak sangat ada kawan yang boleh berkongsi cerita.. gosip.. dan lain lain.. hehehe.. alamak.. nanti sambung..