Wednesday, March 14, 2012

Kesayanganku..

Apa lagi kalau bukan suami.. anak anak dan kaum keluarga.. SEmoga Allah swt. melindungi kami sekeluarga.. Ya Allah.. semoga keluarga kami dirahmati.. diberkati dan dilindungi oleh Mu.. Sesungguhnya Kau Maha Agung Ya Allah.. Terima kasih di atas segala kenikmatan dunia yang diterima ini Ya Allah.. Tetapkan lah Iman kami Ya Allah.. semoga kami akan terus berada didalam lindungan MU .. Amin

Hebatnya Bersukan

hehhee.. hi geng.. cer tengok tajuk kat atas tu.. ye ye je aku nak cerita tentang tajuk tu kan.. bersemangat ni.. heheh.. semalam aku main badminton lagi.. setelah 6 bulan berehat.. sebelum tu aku berehat 5 tahun.. hahha hebat tak .. jarak tahun untuk aku bersukan semula sangat jauh.. nak aku sekarang sangat membesar bagaikan JOHAN... .nak cerita semalam.. setelah berehat lama tak bersukan.. aku mula pegang reket balik..perghh.. sangat penat.. semalam ramai pulak opismate yang tak turun so.. ada empat orang.. cukup untuk satu court yang disewa.. selalu ramai.. jadi kalau ramai.. main satu set boleh rest.. tapi semalam dekat 4 set main.. dan aku rasa macam nak tumbang.. ekekek.. kalau aku rasa diteruskan ke set yang kelima.. mau aku pitam pengsan kat situ.. korang suka bersukan.. betul.. bersukan untuk kesihatan.. sejarah aku memulakan dan mengaktifkan diri dalam bidang sukan ni sejak aku berumur 5 tahun lagi.. aku masih ingat.. aku masuk acara pecahkan belon dan lari.. aku adalah pemenang pertama untuk sukan anak anak polis daerah jelebu dulu..ekeekek.. hebat tak.. kemudian.. bila aku masuk ke sekolah rendah.. berumur 10 tahun.. aku masih aktif bersukan .. dan acara kegemaran aku .. larian 100m dan 200m.. aku masih ingat masa sukan di sekolah tu..aku akan dapat hadiah tempat pertama.. dulu takde bagi duit pun.. bagi hadiah .. kalau tempat pertama .. kaler nyer emas.. tempat kedua. perak.. dan tempat ketiga gangsa.. dan aku memang selalu dapat EMAS.. ayah dengan mama aku sangat berbangga.. hehehe..umur aku 10 tahun aku dah mewakili daerah dalam acara olahraga..dan aku juga menerima gelaran OLAHRAGAWATI sekolah pada umur 10 tahun..ye aku belajar tak pandai.. macam kawan kawan lain naik pentas ambil hadiah sebab dalam bidang akademik dapat tempat pertama sehingga ke kesepuluh.. tapi aku berbangga pada umur 10 tahun itu aku naik pentas untuk ambil gelaran olahragawati sekolah.. kemudian.. masa berumur 12 tahun.. aku juga masih aktif di sekolah rendah di seremban.. sprinter sekolah.. dan aku juga juara bagi acara merentas desa untuk kategori perempuan.. hebat kan.. selain tu.. aku juga aktif dalam sukan bola baling.. bola jaring.. semua aku gedah je.. bila mula di sekolah menengah.. sukan yang aku ceburi.. bola jaring.. bola baling.. sofball.. badminton.. dan olahraga.. aku mewakili.. sekolah.. daerah.. dan negeri MSSDST.. MSSNS..erm..walaupun aku bukan anak emas masa sekolah .. tapi aku banyak menyumbang dalam bidang sukan.. cuma kadang kadang cikgu sangat pilih kasih.. aku ni kurang cantik untuk cikgu layan aku macam kawan kawan yang cantik dan tak lah sebagus mana pun.. tapi aku dah biasa. dah biasa bawak diri.. aku tak pentingkan sangat tu semua.. yang penting aku dapat kepuasan dalam apa yang aku buat.. dalam olahraga.. aku mewakili sekolah dan daerah dalam acara larian 100m dan 200m.. lompat tinggi.. lompat jauh.. lompat kijang.. semuanya aku tak pernah kalah.. paling tidak tempat ketiga.. bola jaring.. bola baling.. sofball.. badminton.. pasukan kami mesti juara.. tapi betul.. pernah aku mewakili MSSDST dalam acara lompat tinggi.. dapat pingat perak.. cikgu tak umumkan dalam perhimpunan.. aku takper.. tapi setahun lepas tu.. ada kawan aku menang dalam acara lempar cakera tempat kedua juga.. cikgu umum dalam perhimpunan.. dan dia mendapat tepukan sangat gemuruh.. aku tak kisah pun..dan aku tak pernah cerita dengan sapa sapa..cuma jauh di sudut hati aku.. CIKGU MEMANG PILIH KASIH.. CIKGU MEMANG TERUK..SAYA TAK SUKA CIKGU.. masa umur 14 tahun.. aku juga adalah juara dalam acara merentas desa sekolah.. aku mengalahkan semua senior dalam sekolah tu.. hebatkan.. tapi tu semua cikgu tak pandang.. dan sekali lagi aku menjauh..Masa Umur 15 tahun.. aku terpilih sebagai salah seorang pemain dalam projek Sukan Komenwel untuk team bola jaring.. tapi disebabkan masa.. dan jarak tempat latihan.. dan berhadapan dengan peperiksaan PMR.. aku kuburkan semua tu.. cukup le sekadar aku turun untuk sesi latihan selama 4 hari.. heheh selesai tingkatan 5..aku bersama dua rakan cuba mendapatkan testimonial dari cikgu sukan.. sebagai sokongan untuk permohonan ke universiti.. ye.. aku akui.. salah seorang sahabat aku memang lagi hebat.. dan dia memang layak untuk mendapat sokongan sekolah.. kawan seorang lagi tu?..dia pun dapat.. dan aku cikgu tak bagi langsung.. alasannya aku tak layak.. padahal sama je aku dengan dia.. ops.. tak sama.. dia cantik sikit.. dan aku hampa.. Aku masuk kelab badminton masa umur 14 tahun juga.. dalam seminggu ada 2 / 3 sesi latihan.. jarak tempat latihan jauh dari rumah.. dan pengangkutan hanya bas.. mujur jiran aku tumpangkan setiap kali sesi latihan.. tapi sekali lagi aku hampa bila waktu pertandingan dia tak tumpangkan aku.. dan aku dengar berita anak dia menang kategori umur 14 tahun.. sedang kan aku bermain lebih baik dari anak dia.. betul.. <-- tak percaya tanya coach aku masa tu.. isk.. aku selalu sangat dipinggirkan.. bukan nak cakap ayah dan mama aku tak ambil kisah..cuma adik beradik aku ramai.. dan aku kena buat semua sendiri.. masuk kelab badminton pun aku tak maklum pada mereka.. dan yang penting aku ada reket sendiri yang ayah hadiahkan pada aku masa umur aku 10 tahun.. dan ianya masih ada kini.. bila result spm keluar.. erm.. tak lah bagus sangat keputusan yang aku dapat.. tapi aku mendapat tawaran sambung belajar di Uitm.. bukan nak cakap dapat belajar tu jer.. tapi di Uitm aku meneruskan aktiviti bersukan aku macam biasa.. badminton.. bola jaring.. bola tampar.. dan mewakili Uitm ke SUkan Intekma di Shah Alam..Perlis dan Perak.. not bad kan.. semuanya selalu mendapat kejayaan .. aku masih ingat pada arwah coach bola jaring aku.. dia seorang LELAKI..dan dia sangat hebat dan berjaya sebagai coach bola jaring.. Ok.. tamat belajar.. aku diterima bekerja di Tanah Pahlawan .. dan sekali lagi aku melibat kan diri dalam sukan ... dan pencapaian tertinggi aku tempat ketiga dalam sukan badminton.. aku mewakili MAKSAK untuk badminton.. sebenarnya .. aku bersukan untuk kepuasan diri dan kesihatan aku.. bukan untuk bersaing.. betul.. itu aku tak tipu.. aku mewakili sukan jabatan.. ye.. bila badan dah tua kemampuan tu tak lah bagus sangat.. tapi cukup sekadar untuk kesihatan.. tapi banyak juga anugerah pingat yang diterima.. 5 tahun aku di situ.. dan selama 5 tahun juga aku sangat aktif bersukan.. dan Yee untuk kesihatan diri aku... tak pernah lagi terpikir untuk kesukan Olimpik pun.. hehehehe Dan sekarang dengan umur yang dah 30 an.. aku cuba untuk membina kesihatan semula.. tapi dengan sukan yang biasa biasa.. ianya baik untuk jantung dan tubuh badan.. aku tak kisah lagi dengan kemenangan.. perlawanan dan hadiah yang ditawarkan.. aku buat sekadar yang mampu.. tapi percaya lah dalam sukan jangan tipu aku.. insyaallah aku masih boleh bermain dengan peraturan yang ditetapkan.. cuma jangan suruh aku berenang.. sebab aku akan pakai PELAMPUNG.. hahahahhaa.. kadang kadang minat kita.. usaha kita.. dan kesungguhan kita jarang dihargai oleh insan insan yang terlalu memilih.. aku tujukan ucapan ini untuk cikgu aku yang tak pernah nampak aku.. bukan nak kata aku ni hebat.. tapi cukup lah sekadar sedar akan kewujudan aku waktu tu.. seperti mana kawan kawan aku sedar akan kewujudan aku di padang rumput.. di stadium .. di gelanggang sukan ketika itu.. terima kasih kepada kawan kawan yang selalu bersorak.. berteriak tat kala aku sedang berlari.. melompat.. dan sebagainya.. sokongan kawan kawan lebih penting dari kata kata semangat cikgu yang aku tak harap langsung.. ok.. dah penat..kalau ada cerita tambahan.. nanti aku edit.. hahahahah.. MOde:... aku dah hilangkan spike hadiah dari ayah masa sukan MSSNS 1994.. dan aku masih simpan spike kaler biru dari Cikgu yang aku tak suka tu masa sukan MSSNS 1995.. sebab cara dia nak bagi macam tak nak bagi.. tapi sebab terpaksa bagi.. TERIMA KASIH BANYAKKK lah cikgu... Blueekkk Nanti aku upload gambar semua medal yang aku masih simpan untuk korang tengok.. walaupun dah bertukar kaler.. tapi masih boleh disimpan sebagai kenangan.. hehehehe

SAhaBaT BaikKu TaTkala KeciL ke BeSaR

Ok.. sambung cerita aku tentang sahabat.. ok.. aku mengaku aku tak ada sahabat baik yang boleh aku berkongsi cerita sangat.. paling tidak aku cerita yang biasa biasa jer.. dan semua kawan kawan aku treat sama rata.. untung kan kalau ada kawan baik yang boleh share semuanya.. aku mengaku jugak yang aku tak ramai kawan.. lebih kepada kehidupan berkeluarga je aku nih.. orang lain aku tak berapa nak kisah.. itu lah aku.. kalau di mana mana pun jarang orang nampak aku ni bersama kawan kawan.. selalunya aku alone.. jalan sorang sorang.. berjajan sorang sorang.. indah betul.. selfish ke aku ni?.. paling tidak bila dah kawen sekarang ni aku banyak lebih kan masa aku dengan family aku sendiri je.. Tapi aku ada cerita tentang sorang kawan jugak.. nak kata kawan baik tu aku sendiri tak pasti... tapi kami membesar sama sama.. sekolah yang sama.. kelas yang sama.. rumah sukan yang sama.. pergi balik naik bas sama sama dan ibu bapa kami berkawan juga.. nak kata aku rapat sangat dengan dia tak lah jugak.. tak ada lah sangat kami nak kongsi apa apa pun.. cuma kehidupan zaman kanak kanak dari sekolah rendah .. bawa ke sekolah menengah.. jejak ke universiti.. alam pekerjaan dan juga alam berumah tangga.. aku rasa ikatan persahabatan kami tak pernah hilang.. masih call.. tanya khabar.. cerita tentang kawan kawan.. tentang kehidupan.. dia memang sangat baik.. selama berkawan dengan dia.. tak pernah sekali pun aku kecewa dengan sikap dia sebagai kawan.. rasa macam adik beradik.. cuma kadang kadang aku je tak pandai memainkan peranan sebagai sahabat.. kadang kadang aku terlupa tentang kewujudan dia.. tapi dia tak.. selalu ingat aku.. ingat keluarga aku.. suami aku.. anak anak aku.. sesungguh nya kamu memang baik... Aku masih ingat dulu .. dia datang rumah uwan aku .. turun bas dengan muka sangat toya dan mata merah.. dia cakap dia putus cinta.. aku rasa kesian.. aku nampak kesedihan dalam mata dia walaupun masa tu dia bergelak ketawa melayan uwan aku bersembang... sebagai seorang sahabat.. aku cuma mampu berikan nasihat yang positif.. kesian dia.. aku tau dia dan buah hati kekasih pengarang jantung yang dia puja tu berkasih dah lama... dari bangku sekolah lagi.. tapi orang kata dah ketentuan masa kesedihan dia sampai .. dia cari aku sebagai sahabat untuk meluahkan rasa sedih dan betapa kecewa nya dia.. sehari semalam dia duduk kat rumah uwan aku.. banyak perkara dia sembang dengan arwah uwan.. tak kan aku nak cakap dengan uwan yang dia ni tengah putus cinta.. dia pun tipu uwan akap dia ada kerja kat sini.. tapi hati orang tua .. kita tak tau kan.. ntah ntah uwan tau dia ni ada masalah.. tapi aku awal awal dah cakap dengan uwan..yang dia ni kawan baik aku.. jangan uwan salah anggap pula.. ye lah..nanti dia ingat bakal cucu pulak.. hahaha.. sebab aku asik dengar uwan puji memanjang... kembang kempis idung mamat ni bila kena puji.. tadi nangis.. uwekkk.. Malam tu kami sembang tak lama.. aku tak nak lah mengungkit panjang lebar tentang kisah perpisahan dia (katanya)... nanti tak tidur malam pulak..selfish kan aku.. heheh..bukan.. aku cuma tak nak nanti uwan perasan.. mana le tau.. kalau aku ungkit lebih lebih kang menangis melalak mamat ni sapa yang susah.. aku jugak kan.. so malam tu lebih kurang kul 10 malam .. aku dah nak tido.. walaupun aku tau dia tak boleh tido.. aku jengah.. kejap pusing ke kanan.. kejap pusing ke kiri.. orang putus cinta lah kata kan .. mana nak lena tidur kan.. aku tak.. lepas jengah tu.. aku pun lelap .. ntah berdengkur aku pun tak tau.. hahahaha.. Esok pagi.. awal pagi.. aku siap siap nak pegi pejabat.. dia pun sama.. aku hanya hantar dia ke bus stand ajer.. (sekali lagi aku selfish) dan tak memainkan peranan sebagai sahabat yang baik.. aku tak tau apa aku pikir masa tu.. lambaian sedih dan ucapan terima kasih dia aku balas dengan senyuman.. dan ungkapan aku cuma.. jaga diri baik baik.. jangan fikir bukan bukan.. ada masa lagi.. banyak perkara yang boleh di perbetulkan dan jangan salah kan diri sendiri..tak hilang cuma akan betukar status.. hehe..aku tak tau macam mana nak cakap... tapi itu lah hakikatnya..

Lebih kurang seminggu lepas tu.. dia call cakap akan bertunang .. and i am not surprise.. dia akan bertunang dengan buah ati pengarang jantung yang tinggalkan dia ari tu.. hehehe.. jodoh kalian memang kuat.. jangan risau.. aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu dan L**A.. berkawan kan dah lama.. cuma air mata aku bergenang... ada rasa sedih sikit ... sebab aku akan kehilangan kawan baik aku.. dan bergenang air mata tu sebab gembira kerana dia gembira.. kamon man.. kita kawan dah lama.. dari kecik tu.. tapi kamu kata.. status sebagai sahabat tak ilang.. status laki orang je.. heheheh..

kamu akan jadi kawan aku selamanya MOk.. u r my best buddy i ever had.. semoga hidup keluarga aku dan kamu diberkati.. i always lap u my fren..  

Ni haa aku belanja korang gambau kawan baik aku tu.. tapi sekarang dia lagi gemok dari ini.. hahahah.. sorry Mok. semoga persahabatan kita berkekalan ke akhir hayat..

Tuesday, March 13, 2012

TerBakar??

Hi.. Asalamualaikum.. hehehe.. Lama kan aku tak jengah dalam blog ni... bukan nye sibuk pun.. nak pulak dah dekat 3 bulan aku takde bos.. aku sendiri tak tau aku buat keja apa kat pejabat.. so.. aku isikan masa aku yang terluang ni untuk menulis blog.. kalau kat rumah .. mesti aku akan cuba resepi resepi hebat yang kak ida dalam reseipi 1001 buat tu.. Ok..aku sendiri takde topik sebenarnya.. cuma tiba tiba teringat satu cerita tentang kebakaran.. korang pernah terima berita tentang kebakaran di rumah sendiri tak? uii.. aku pernah.. dan dengan tangan menggeletar.. aku cuba untuk call kawan kawan yang duduk sekali dengan aku.. Dulu .. masa aku kerja di Tanah Pahlawan .. bujang.. dok sorang.. dan rumah teres setingkat ala setinggan tu ler tempat aku berteduh.. itu pun kerajaan bagi tumpang.. rumah tu ada sebelah biji.. sebaris memanjang.. walaupun kecik.. cukup lah untuk aku dan kimmy melepak siang dan malam.. disebabkan aku duduk sorang eh.. silap .. dengan kimmy jer... so barang barang dalam rumah tu cukup lengkap.. dengan set tv..sofa .. mesin basuh.. peti ais.. dan macam macam lah.. kalau kawen time tu.. orang cakap laki aku basuh kaki aje.. hehe ye lah sangat.. Jiran jiran aku pun sangat baik.. deretan kesebelasan rumah tu.. ada 4 orang member lain duduk jugak.. semua nya bujang.. ada kak normah yang bertugas sebagai penyambut tetamu kat opis aku tu.. ada elle.. budak kewangan..dan jugak ada shukri dan imran.. budak PRA kat opis aku .. jauh perjalanan dari rumah kami ke pejabat lebih kurang 10 minit aje kalau jalan kaki.. bak kata aku sendiri.. kalau naik kereta cap tenuk aku tu.. belum masuk gear 3 dah sampai dah. hehehe.. Nak dijadikan cerita.. satu pagi yang suam suam kuku.. dalam jam 11 pagi.. sedang aku berpura pura sibuk.. aku dapat satu panggilan.. cenggini le lebih kurang 

tok penghulu: dik.. rumah adik terbakar lah.. aku: eh.. tok jangan lah main main.. tadi saya pegi keja ok lagi tok penghulu:.. oo itu tadi.. ni dah terbakar dah ni.. jantung aku macam kena pam.. laju giler.. nak percaya ke tak ni.. bukan tak nak percaya.. tok penghulu ni salu jugak ngena kan aku.. aku: betul ke ni tok.. jangan le tipu.. tok penghulu: laa. nak tipu ape nyer.. tu ha.. siap ada kete bomba lagik.. aku: ok tok.. thanks.. saya nak call kak normah.. jari aku pantas capai henbag atas meja.. sambil jari aku mendail nombor telefon kak normah.. (tak jauh pun tempat kak normah dengan aku.. aku tingkat 1.. dia kat G ajer..)Sha.. jom.. aku panggil shasha sekali yang kebetulan ada di tempat duduk dia.. terpinga pinga minah tu.. shasha: mana kak? aku: umah aku terbakar.. tok mie baru call shasha: haaaa ye kerrrr.. dia ikut je langkah kaki aku yang panjang ni .. terkedek kedek dia mengejar.. aku: Kak norm.. tok mie cakap umah kita terbakar kak norm: Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... (mak aii.. kemain panjang terkejutnya tu.. ) aku dengar nyaring betul suara kak normah .. kak norm: abes.. awak balik ke apa.. aku: ye lee. moh le tengok.. turun tangga.. (jantung aku berdebar.. aku teringat kan kimmy.. jangan le apa apa jadik pada kimmy.. keluar opis.. ish.. ada nampak asap itam kat area umah tu.. kak norm pandang aku.. aku pandang kak norm.. kak norm membebel apa aku pun tak ingat.. setau aku dia bercakap tak renti.. tak sampai 3 minit aku sampai kat umah.. ada le kete bomba sebiji.. dan abang abang bomba lima nam orang.. ada yang aku tengok.. tengah dok lepak kat bawah pokok jambu belakang bangunan tu.. aik.. umah aku ok jer.. semua abang bomba ada depan pintu rumah shukri / imran -- budak budak PRA pejabat aku.. aku paking keta depan umah dia.. selang 3 pintu dari rumah aku.. dan bersebelahan dengan rumah kak normah.. kak normah bergegas masuk ke dalam rumah budak budak PRA Tu.. aku:.. sib baik bukan umah kita ye kak.. kak norm: .. teruk budak budak ni lah.. kalau terbakar rumah aku.. aku saman ... aku dah kira kira dah berapa kerugian kalau terbakar semua ni.. aku: hehehe.. kak norm ni .. ke situ pulak.. Imran: sori lah kak.. ni semua shukri lah punya pasal.. aku pandang muka Imran.. ada macam sikit kekesalan.. Imran: lampu jamban tu dah tiga ari terbakar.. semalam dia berak.. bawak lilin... dah tu lupa nak padam kan.. abeh terbakar jamban kak.. HAHAHAHAHAH.. adoiii yaiii.. aku separuh nyawa ketawa..shasha dah pegang perot.. muka dia merah ketawa.. patut lah abang bomba tu relek je bawah pokok.. jamban pun kecik.. tak kan lima nam orang nak masuk padam kan api jamban tu.. suka lah hati shasha tu.. dia memang anti betul dengan shukri tu.. shukri tu asik mengorat dia . ... 
 
shasha: APAAAAA????!!! JAMBANNN!!!!!... ADOII.. nak aku panggil METRO ke tak ni.. !! merah muka dia ketawa sambil mengilai.. aku pandang muka shasha.. HAHAHHAA.. memang lawak le betul minah ni.. ni lah point dia nak kena kan shukri tu.. kak norm:.. yang shukri tu berak pun nak bawak lilin apa hal.. apa dia nak nengok nyeeee.. (berjela kemarahan kak normah).. nasib baik darah tinggi akak tak datang tau.. aku urut bahu kak normah.. sambil tahan ketawa.. tapi kelibat shukri aku tak nampak.. shasha aku tengok dah macam polis.. mata dia melingas sana sini tak tau dia cari apa.. tapi untuk pengetahuan korang kan.. asap hitam tebal tu tinggi jugak.. aku macam takut jugak.. walaupun rumah aku selang tiga pintu.. tapi kesian lah pada kak normah .. yang betul betul sebelah dengan rumah yang jambannya terbakar tu.. tapi takde pulak bau taik hangus.. hahah.. korang penah bau macam mana bau taik hangus.. ? .. haha aku tak penah .. 

shukri muncul.. muka dia berpeluh.. 'terima kasih kawan kawan' kata dia perlahan.. ala dengar tak dengar.. aku senyum.. kak normah dah ready nganga mulut nak bercakap... 'awak ni .. bahaya tau macam tu.. kita ni berjiran.. kalau jadi apa apa sapa yang susah.'.. aku tengok shasha dah buat muka kerek.. agak nya puas hati dia bila jamban rumah si shukri tu terbakar.. hahaha henpon aku berbunyi.. tok penghulu: ok ke dik.. rumah macam mana.. aku senyum.. sambil jeling kat shasha.. shasha dari tadi ketawa tak habis.. (balas dendam betul lah tu.. ) aku: ok tok.. semua dah ok.. JAMBAN je pun yang terbakar.. kat umah imran dengan shukri.. tok penghulu:... LAaaaaaaaa. ish.. buat malu kaum je.. heheheheheh aku:.. thanks tok. mulut kak normah masih tak berenti bercerita dengan jiran jiran lain... aku dengan shasha biarkan aje.. aku tengok imran dengan shukri sibuk mengemas .. kesian mereka.. susah jugak kalau macam ni.. rumah rapat rapat.. itu siang.. buat nye kalau tengah malam.. semua orang tido.. kan ke susah.. tapi itu lah cerita tentang kebakaran yang pernah berlaku yang melibat kan aku .. untuk shasha.. cerita ini tak akan habis di sini.. aku tau kau sendiri akan mengingati kisah ni sampai bila bila.. selagi ada shukri selagi tu shasha tak tenang..  heheheheeh...

okey.. ni aku banjer gambau kak nomah dengan shaha.. yang pakai tudung putih tu kak nomah.. yang pakai tudung pink belang belan g tu shasha.. aku?.. korang pun kenal mana satu aku .. hahahah.. terbayekk wokk.. korang memang jiran terbaik masa kat MElaka.. cuma aku tengah selongkar lemari.. kot kot le ada gambau dak shukri ngan si imran tu.. hehehehe