Lama aku tak tengok blog.. maklum le aku baru je naik keja setelah lama aku bercuti.. cuti pun sangat penat.. sebab bukan cuti pegi jenjalan.. tapi cuti sebab little princess aku demam panas.. rasa macam nak sambung cuti.. lepak kat umah.. celik mata tak pikir apa dah.. suma perkara kat umah nak kena selesai kan.. ingat senang ke jadi perempuan.. sapa sapa yang rasa senang jadik perempuan.. sila telefon aku segera.. aku nak tanya tang mana yang sangat senang tu...urmm
Mata aku dah naik pedih tengok pc.. dari pagi.. tengok surat surat atas meja... perot aku pulak rasa cam nak muntah.. sebab baru je lepas makan megi cup.. erk.. ke aku tak perasan megi cup tu dah expired ke apa.. alamak.. makcik ni dah clearkan pulak tong sampah aku.. ermm. kalau betul dah expired mesti aku mabok laut kejap lagi.. aarkk..
Tapi aku dari pagi mengunyah je tak berenti.. aku rasa selagi stok dalam lemari ni tak abeh.. aku akan terus makan dan makan.. mulut aku ni dah naik kejang pulak dari tadi dok kunyak kerepek pisang.. dah tu aku tambah dengan biskut .. megi lagi.. erk.. memang pemakanan aku tak sihat langsung.. patut lah badan aku ni cam kingkong... tapi suma orang suka makan.. bukan aku jer.. ada ke penah jumpa orang yang tak suka makan.. jangan tipu.!! kucing aku nama kimmy pun suka makan... penah dia nak makan stoken aku yang tah baper lama tak basuh dulu.. gigit bawak pegi.. opss. dia bukan nak makan stoken tu.. tapi nak buat main jer..
jap lagi aku akan cerita tentang kimmy..
No comments:
Post a Comment