Monday, August 9, 2010

SALam .. Hari Isnin..

Kali ni aku nak bercerita tentang kesihatan.. hehehe.. aku bercerita ni bukan apa.. Hari Jumaat yang lalu ada pemeriksaan kesihatan percuma di tempat kerja.. dan aku dikategorikan oleh Nurse yang cantik tu sebagai OBESITI.. makk aaii.tapi setakat ni memang aku rasa aku sangat gemuk.. so aku tak salah kan cik nurse yang comel tu.. heheh.. err.. kak.. ni salah ni.. aku tunjukkan borang aku.. tinggi saya ni salah.. tak kan 159cm.. itu ketinggian masa sekolah rendah aku .. aku ingat lagi..

Nurse yang muka agak macam cikgu matematik aku darjah 4 tu.. buat muka berkerot.. agaknye dia terfikir dia salah cakap ke atau kawan dia salah tulis.. 159cm tinggi dan 7+ kg berat.. mana le aku tak obesiti ye tak.. .. dia panggil aku ukur lagi.. salah ni.. tadi tu tinggi orang lain.. adoiii.. aku lega.. tak kan tinggi aku dari darjah 4 tak naik naik..hahahah.. 170cm dan berat masih 7+kg.. hahaha.. kak.. yang berat badan obesiti tu takmo tukar ke .. gemuk ke .. sederhana ker.. selamba je aku tanya.. tak boleh puan.. ni memang OBESITI ni.. adoiiiiiii.. terpana aku dengan jawapan akak Nurse tu.. abeh nak kena kurang makan ke apa ni kak.. erm.. tak lama lagi puasa.. puan cuba kawal makan ye.. (sib baik dia Nurse yang comel dan kurus..) kalau dia gemok jugak.. mesti masa dia consult aku tu.. aku akan budak badak je.. heheheh

Aku cek tekanan darah.. ok.. cek gula dalam badan.. ok.. <-- ok tu sebab malam tadi aku puasa.. (sebenar nye tak sempat makan malam.. aku tido .. hahah) jadi gula ok lah.. kalau malam tu aku membedal macam orang bela polong.. mesti gula dalam badan aku tinggi.. siap pulak dengan OBESITI.. mesti akak Nurse tu buat surat untuk aku refer pi HOSPital ke apa ker.. theeheehee.

Kepada kawan kawan yang rasa diri dia sihat sangat.. walaupun rasa sihat.. sila lah buat pemeriksaan kesihatan.. kerana ianya perlu.. kat situ baru kita tau kita ni sihat ke tak.. cek tekanan darah.. cek kandungan gula dalam darah.. cek kolestrol dalam badan.. dan lain lain.. walau pun aku dikategorikan sebagai OBESITI.. aku amat berterima kasih kepada akak NURSE yang banyak bagi nasihat kepada aku.. nasihat tentang pemakanan.. kesihatan.. senaman.. ermmm .. memandangkan tak lama lagi bulan Ramadhan.. aku akan kawal pemakanan.. kena makan makanan yang sihat jer.. untuk masa depan diri sendiri.. hehehehe~~~

sambung lain kali..

No comments:

Post a Comment