Friday, August 13, 2010

Nick Name

Salam Satu Malaysia..

Hari ni aku nak bercerita pasal nick name atau nama samaran.. ada jugak orang cakap nama manja.. tapi pokoknya suma adalah bukan nama penuh kita.. masa dulu dulu.. kalau sebut nama penuh kononnye tak kenal dengan diri sendiri<-- bukan aku lah.. orang lain.. kena panggil nama glamour baru nak menyahut.

Kenapa perlu ada nick name / nama samaran / nama manja..tak kan nak salah kan mak dengan ayah kalau bagi nama panjang contohnya Siti NurKasih Sayang Manja..erm.. aku tak de idea nak letak nama lagi panjang.. tapi kalau kerajaan kita wajibkan panggil nama penuh kat sekolah sekolah .. aku rasa waktu belajar akan jadi lebih singkat sebab semua cikgu penat nak sebut nama satu satu kan.. tak ke rasa macam tu.. tapi tu je salah satu cara nak mendidik anak anak kita untuk sayang kan nama sendiri.. kan..lebih lebih lagi kalau nama dengan maknanya sama baik.

Kat sekolah dulu aku ada sorang kawan lelaki.. nama dia .. (tak payah le aku sebut kat sini.. lagi pun aku tak ingat nama penuh dia.. hahahah) semua panggil dia CINGGUN.. kenapa macam tu ek.. lama aku pikir.. budak lelaki selalu panggil dia macam tu.. yang aku pelik.. dia menyahut pula kalau orang panggil dia dengan gelaran tu..

CINGGUN seorang budak lelaki yang aku rasa tinggi dia dalam 170cm lebih kurang aku je.. badan dia masa skolah tu macam gemuk lembab.. <--- maksud gemuk lembab ni ialah gemuk jenis tak bersukan.. berat dia tak le sampai 1 Tan.. tapi dia agak besar berbanding kawan kawan yang lain.. rambut dia kerinting megi kembang.. kadang kadang aku tengok elok je dia sikat .. tapi bila sampai waktu dia malas aku rasa dia biar je rambut dia mengerbang macam hantu kubur.... kulit dia sawo matang... muka dia agak berjerawat dan gigi dia kuning.. walau pun dia macam tu.. dia tetap ramai kawan.. mungkin sebab hati dia baik dan tak marah orang gelar kan dia CINGGUN..

ada lagi.. baju sekolah dia agak kusam je.. seluar pun macam lusuh.. walaupun baru hari Isnin aku tengok kasut sekolah dia dah macam belacan.. dan kadang kadang dia tak pakai stoken.. heheh ... pernah kawan aku cerita dia suka bawak bedak letak dalam kertas buku.. dia koyak dan letak bedak.. kemudian lipat letak dalam poket.. aku tak tau apa motif dia buat macam tu.. aku rasa dia akan pakai bedak bila rasa perlu.. tapi dia sangat suka ketawa.. dan ambil batang penyapu buat macam gitar dan menyanyi lagu cinta.. aku rasa lah sebab dia salu duduk paling belakang dan bila murid perempuan lalu dia akan cuba untuk mengurat.. tak payah le aku cerita cara dia mengurat dan kesudahan bagi usaha dia untuk mengurat tu..

kalau korang nak bayang kan rupa CINGGUN tu korang boleh tengok muka ANGAH raja lawak tu.. lebih kurang jer.. cuma Angah rajalawak tu boleh dikategorikan GEMOK COMEL dan sangat Bersih.. heheheh

Untuk kawan kawan yang pernah terjumpa CINGGUN sampaikan salam aku pada dia.. dan sesungguh nya setiap kali lalu depan kedai runcit mak dia.. aku akan selalu senyum sendiri dan teringat betapa betuahnya mak dia mempunyai seorang anak sangat disayangi kawan kawan sebab nama nya selalu disebut sebut.. tapi tidak lah disebut dengan nama penuh yang mak dia bagi.. tapi disebut sebagai CINGGUN..

Tapi kenapa orang panggil aku GABAN...erm.. ianya lebih baik daripada PENYU..

jangan jawab!

2 comments:

  1. best... aku nak jadik cam cinggun gak. biar rupa hina tetapi hati mulia

    ReplyDelete
  2. rajin betul ko tulis blog ek sid..bagusnye

    ReplyDelete