Wednesday, March 14, 2012

Hebatnya Bersukan

hehhee.. hi geng.. cer tengok tajuk kat atas tu.. ye ye je aku nak cerita tentang tajuk tu kan.. bersemangat ni.. heheh.. semalam aku main badminton lagi.. setelah 6 bulan berehat.. sebelum tu aku berehat 5 tahun.. hahha hebat tak .. jarak tahun untuk aku bersukan semula sangat jauh.. nak aku sekarang sangat membesar bagaikan JOHAN... .nak cerita semalam.. setelah berehat lama tak bersukan.. aku mula pegang reket balik..perghh.. sangat penat.. semalam ramai pulak opismate yang tak turun so.. ada empat orang.. cukup untuk satu court yang disewa.. selalu ramai.. jadi kalau ramai.. main satu set boleh rest.. tapi semalam dekat 4 set main.. dan aku rasa macam nak tumbang.. ekekek.. kalau aku rasa diteruskan ke set yang kelima.. mau aku pitam pengsan kat situ.. korang suka bersukan.. betul.. bersukan untuk kesihatan.. sejarah aku memulakan dan mengaktifkan diri dalam bidang sukan ni sejak aku berumur 5 tahun lagi.. aku masih ingat.. aku masuk acara pecahkan belon dan lari.. aku adalah pemenang pertama untuk sukan anak anak polis daerah jelebu dulu..ekeekek.. hebat tak.. kemudian.. bila aku masuk ke sekolah rendah.. berumur 10 tahun.. aku masih aktif bersukan .. dan acara kegemaran aku .. larian 100m dan 200m.. aku masih ingat masa sukan di sekolah tu..aku akan dapat hadiah tempat pertama.. dulu takde bagi duit pun.. bagi hadiah .. kalau tempat pertama .. kaler nyer emas.. tempat kedua. perak.. dan tempat ketiga gangsa.. dan aku memang selalu dapat EMAS.. ayah dengan mama aku sangat berbangga.. hehehe..umur aku 10 tahun aku dah mewakili daerah dalam acara olahraga..dan aku juga menerima gelaran OLAHRAGAWATI sekolah pada umur 10 tahun..ye aku belajar tak pandai.. macam kawan kawan lain naik pentas ambil hadiah sebab dalam bidang akademik dapat tempat pertama sehingga ke kesepuluh.. tapi aku berbangga pada umur 10 tahun itu aku naik pentas untuk ambil gelaran olahragawati sekolah.. kemudian.. masa berumur 12 tahun.. aku juga masih aktif di sekolah rendah di seremban.. sprinter sekolah.. dan aku juga juara bagi acara merentas desa untuk kategori perempuan.. hebat kan.. selain tu.. aku juga aktif dalam sukan bola baling.. bola jaring.. semua aku gedah je.. bila mula di sekolah menengah.. sukan yang aku ceburi.. bola jaring.. bola baling.. sofball.. badminton.. dan olahraga.. aku mewakili.. sekolah.. daerah.. dan negeri MSSDST.. MSSNS..erm..walaupun aku bukan anak emas masa sekolah .. tapi aku banyak menyumbang dalam bidang sukan.. cuma kadang kadang cikgu sangat pilih kasih.. aku ni kurang cantik untuk cikgu layan aku macam kawan kawan yang cantik dan tak lah sebagus mana pun.. tapi aku dah biasa. dah biasa bawak diri.. aku tak pentingkan sangat tu semua.. yang penting aku dapat kepuasan dalam apa yang aku buat.. dalam olahraga.. aku mewakili sekolah dan daerah dalam acara larian 100m dan 200m.. lompat tinggi.. lompat jauh.. lompat kijang.. semuanya aku tak pernah kalah.. paling tidak tempat ketiga.. bola jaring.. bola baling.. sofball.. badminton.. pasukan kami mesti juara.. tapi betul.. pernah aku mewakili MSSDST dalam acara lompat tinggi.. dapat pingat perak.. cikgu tak umumkan dalam perhimpunan.. aku takper.. tapi setahun lepas tu.. ada kawan aku menang dalam acara lempar cakera tempat kedua juga.. cikgu umum dalam perhimpunan.. dan dia mendapat tepukan sangat gemuruh.. aku tak kisah pun..dan aku tak pernah cerita dengan sapa sapa..cuma jauh di sudut hati aku.. CIKGU MEMANG PILIH KASIH.. CIKGU MEMANG TERUK..SAYA TAK SUKA CIKGU.. masa umur 14 tahun.. aku juga adalah juara dalam acara merentas desa sekolah.. aku mengalahkan semua senior dalam sekolah tu.. hebatkan.. tapi tu semua cikgu tak pandang.. dan sekali lagi aku menjauh..Masa Umur 15 tahun.. aku terpilih sebagai salah seorang pemain dalam projek Sukan Komenwel untuk team bola jaring.. tapi disebabkan masa.. dan jarak tempat latihan.. dan berhadapan dengan peperiksaan PMR.. aku kuburkan semua tu.. cukup le sekadar aku turun untuk sesi latihan selama 4 hari.. heheh selesai tingkatan 5..aku bersama dua rakan cuba mendapatkan testimonial dari cikgu sukan.. sebagai sokongan untuk permohonan ke universiti.. ye.. aku akui.. salah seorang sahabat aku memang lagi hebat.. dan dia memang layak untuk mendapat sokongan sekolah.. kawan seorang lagi tu?..dia pun dapat.. dan aku cikgu tak bagi langsung.. alasannya aku tak layak.. padahal sama je aku dengan dia.. ops.. tak sama.. dia cantik sikit.. dan aku hampa.. Aku masuk kelab badminton masa umur 14 tahun juga.. dalam seminggu ada 2 / 3 sesi latihan.. jarak tempat latihan jauh dari rumah.. dan pengangkutan hanya bas.. mujur jiran aku tumpangkan setiap kali sesi latihan.. tapi sekali lagi aku hampa bila waktu pertandingan dia tak tumpangkan aku.. dan aku dengar berita anak dia menang kategori umur 14 tahun.. sedang kan aku bermain lebih baik dari anak dia.. betul.. <-- tak percaya tanya coach aku masa tu.. isk.. aku selalu sangat dipinggirkan.. bukan nak cakap ayah dan mama aku tak ambil kisah..cuma adik beradik aku ramai.. dan aku kena buat semua sendiri.. masuk kelab badminton pun aku tak maklum pada mereka.. dan yang penting aku ada reket sendiri yang ayah hadiahkan pada aku masa umur aku 10 tahun.. dan ianya masih ada kini.. bila result spm keluar.. erm.. tak lah bagus sangat keputusan yang aku dapat.. tapi aku mendapat tawaran sambung belajar di Uitm.. bukan nak cakap dapat belajar tu jer.. tapi di Uitm aku meneruskan aktiviti bersukan aku macam biasa.. badminton.. bola jaring.. bola tampar.. dan mewakili Uitm ke SUkan Intekma di Shah Alam..Perlis dan Perak.. not bad kan.. semuanya selalu mendapat kejayaan .. aku masih ingat pada arwah coach bola jaring aku.. dia seorang LELAKI..dan dia sangat hebat dan berjaya sebagai coach bola jaring.. Ok.. tamat belajar.. aku diterima bekerja di Tanah Pahlawan .. dan sekali lagi aku melibat kan diri dalam sukan ... dan pencapaian tertinggi aku tempat ketiga dalam sukan badminton.. aku mewakili MAKSAK untuk badminton.. sebenarnya .. aku bersukan untuk kepuasan diri dan kesihatan aku.. bukan untuk bersaing.. betul.. itu aku tak tipu.. aku mewakili sukan jabatan.. ye.. bila badan dah tua kemampuan tu tak lah bagus sangat.. tapi cukup sekadar untuk kesihatan.. tapi banyak juga anugerah pingat yang diterima.. 5 tahun aku di situ.. dan selama 5 tahun juga aku sangat aktif bersukan.. dan Yee untuk kesihatan diri aku... tak pernah lagi terpikir untuk kesukan Olimpik pun.. hehehehe Dan sekarang dengan umur yang dah 30 an.. aku cuba untuk membina kesihatan semula.. tapi dengan sukan yang biasa biasa.. ianya baik untuk jantung dan tubuh badan.. aku tak kisah lagi dengan kemenangan.. perlawanan dan hadiah yang ditawarkan.. aku buat sekadar yang mampu.. tapi percaya lah dalam sukan jangan tipu aku.. insyaallah aku masih boleh bermain dengan peraturan yang ditetapkan.. cuma jangan suruh aku berenang.. sebab aku akan pakai PELAMPUNG.. hahahahhaa.. kadang kadang minat kita.. usaha kita.. dan kesungguhan kita jarang dihargai oleh insan insan yang terlalu memilih.. aku tujukan ucapan ini untuk cikgu aku yang tak pernah nampak aku.. bukan nak kata aku ni hebat.. tapi cukup lah sekadar sedar akan kewujudan aku waktu tu.. seperti mana kawan kawan aku sedar akan kewujudan aku di padang rumput.. di stadium .. di gelanggang sukan ketika itu.. terima kasih kepada kawan kawan yang selalu bersorak.. berteriak tat kala aku sedang berlari.. melompat.. dan sebagainya.. sokongan kawan kawan lebih penting dari kata kata semangat cikgu yang aku tak harap langsung.. ok.. dah penat..kalau ada cerita tambahan.. nanti aku edit.. hahahahah.. MOde:... aku dah hilangkan spike hadiah dari ayah masa sukan MSSNS 1994.. dan aku masih simpan spike kaler biru dari Cikgu yang aku tak suka tu masa sukan MSSNS 1995.. sebab cara dia nak bagi macam tak nak bagi.. tapi sebab terpaksa bagi.. TERIMA KASIH BANYAKKK lah cikgu... Blueekkk Nanti aku upload gambar semua medal yang aku masih simpan untuk korang tengok.. walaupun dah bertukar kaler.. tapi masih boleh disimpan sebagai kenangan.. hehehehe

No comments:

Post a Comment