Ok.. sambung cerita aku tentang sahabat.. ok.. aku mengaku aku tak ada sahabat baik yang boleh aku berkongsi cerita sangat.. paling tidak aku cerita yang biasa biasa jer.. dan semua kawan kawan aku treat sama rata.. untung kan kalau ada kawan baik yang boleh share semuanya.. aku mengaku jugak yang aku tak ramai kawan.. lebih kepada kehidupan berkeluarga je aku nih.. orang lain aku tak berapa nak kisah.. itu lah aku.. kalau di mana mana pun jarang orang nampak aku ni bersama kawan kawan.. selalunya aku alone.. jalan sorang sorang.. berjajan sorang sorang.. indah betul.. selfish ke aku ni?.. paling tidak bila dah kawen sekarang ni aku banyak lebih kan masa aku dengan family aku sendiri je..
Tapi aku ada cerita tentang sorang kawan jugak.. nak kata kawan baik tu aku sendiri tak pasti... tapi kami membesar sama sama.. sekolah yang sama.. kelas yang sama.. rumah sukan yang sama.. pergi balik naik bas sama sama dan ibu bapa kami berkawan juga.. nak kata aku rapat sangat dengan dia tak lah jugak.. tak ada lah sangat kami nak kongsi apa apa pun.. cuma kehidupan zaman kanak kanak dari sekolah rendah .. bawa ke sekolah menengah.. jejak ke universiti.. alam pekerjaan dan juga alam berumah tangga.. aku rasa ikatan persahabatan kami tak pernah hilang.. masih call.. tanya khabar.. cerita tentang kawan kawan.. tentang kehidupan.. dia memang sangat baik.. selama berkawan dengan dia.. tak pernah sekali pun aku kecewa dengan sikap dia sebagai kawan.. rasa macam adik beradik.. cuma kadang kadang aku je tak pandai memainkan peranan sebagai sahabat.. kadang kadang aku terlupa tentang kewujudan dia.. tapi dia tak.. selalu ingat aku.. ingat keluarga aku.. suami aku.. anak anak aku.. sesungguh nya kamu memang baik...
Aku masih ingat dulu .. dia datang rumah uwan aku .. turun bas dengan muka sangat toya dan mata merah.. dia cakap dia putus cinta.. aku rasa kesian.. aku nampak kesedihan dalam mata dia walaupun masa tu dia bergelak ketawa melayan uwan aku bersembang... sebagai seorang sahabat.. aku cuma mampu berikan nasihat yang positif.. kesian dia.. aku tau dia dan buah hati kekasih pengarang jantung yang dia puja tu berkasih dah lama... dari bangku sekolah lagi.. tapi orang kata dah ketentuan masa kesedihan dia sampai .. dia cari aku sebagai sahabat untuk meluahkan rasa sedih dan betapa kecewa nya dia.. sehari semalam dia duduk kat rumah uwan aku.. banyak perkara dia sembang dengan arwah uwan.. tak kan aku nak cakap dengan uwan yang dia ni tengah putus cinta.. dia pun tipu uwan akap dia ada kerja kat sini.. tapi hati orang tua .. kita tak tau kan.. ntah ntah uwan tau dia ni ada masalah.. tapi aku awal awal dah cakap dengan uwan..yang dia ni kawan baik aku.. jangan uwan salah anggap pula.. ye lah..nanti dia ingat bakal cucu pulak.. hahaha.. sebab aku asik dengar uwan puji memanjang... kembang kempis idung mamat ni bila kena puji.. tadi nangis.. uwekkk..
Malam tu kami sembang tak lama.. aku tak nak lah mengungkit panjang lebar tentang kisah perpisahan dia (katanya)... nanti tak tidur malam pulak..selfish kan aku.. heheh..bukan.. aku cuma tak nak nanti uwan perasan.. mana le tau.. kalau aku ungkit lebih lebih kang menangis melalak mamat ni sapa yang susah.. aku jugak kan.. so malam tu lebih kurang kul 10 malam .. aku dah nak tido.. walaupun aku tau dia tak boleh tido.. aku jengah.. kejap pusing ke kanan.. kejap pusing ke kiri.. orang putus cinta lah kata kan .. mana nak lena tidur kan.. aku tak.. lepas jengah tu.. aku pun lelap .. ntah berdengkur aku pun tak tau.. hahahaha..
Esok pagi.. awal pagi.. aku siap siap nak pegi pejabat.. dia pun sama.. aku hanya hantar dia ke bus stand ajer.. (sekali lagi aku selfish) dan tak memainkan peranan sebagai sahabat yang baik.. aku tak tau apa aku pikir masa tu.. lambaian sedih dan ucapan terima kasih dia aku balas dengan senyuman.. dan ungkapan aku cuma.. jaga diri baik baik.. jangan fikir bukan bukan.. ada masa lagi.. banyak perkara yang boleh di perbetulkan dan jangan salah kan diri sendiri..tak hilang cuma akan betukar status.. hehe..aku tak tau macam mana nak cakap... tapi itu lah hakikatnya..
Lebih kurang seminggu lepas tu.. dia call cakap akan bertunang .. and i am not surprise.. dia akan bertunang dengan buah ati pengarang jantung yang tinggalkan dia ari tu.. hehehe.. jodoh kalian memang kuat.. jangan risau.. aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu dan L**A.. berkawan kan dah lama.. cuma air mata aku bergenang... ada rasa sedih sikit ... sebab aku akan kehilangan kawan baik aku.. dan bergenang air mata tu sebab gembira kerana dia gembira.. kamon man.. kita kawan dah lama.. dari kecik tu.. tapi kamu kata.. status sebagai sahabat tak ilang.. status laki orang je.. heheheh..
kamu akan jadi kawan aku selamanya MOk.. u r my best buddy i ever had.. semoga hidup keluarga aku dan kamu diberkati.. i always lap u my fren..
Ni haa aku belanja korang gambau kawan baik aku tu.. tapi sekarang dia lagi gemok dari ini.. hahahah.. sorry Mok. semoga persahabatan kita berkekalan ke akhir hayat..

No comments:
Post a Comment